10 June 2017

I Love The Hate

Hi deary.

It's been awhile im waiting for her to reply my wishes. But what i get was a seen message. Fine, Im okay with that as long as i know she still there. Entahlah, aku dah jadi heartless. Aku tahu aku dah difriendzone. Sakit weh, almost 7 years aku tunggu, tetibe dah kena friendzone. Before this everything is okay until last year yang aku confess my feeling. She said 'piji tau kan, *** tak boleh sekarang ni'. That was a gunshot straight to my heart. Hmmm, i knew my place.

Salah aku juga, terlalu mengikut itu ini. Entah, aku terpause waiting aku untuk dia. I pause for awhile and then i realize my heart has been dipermainkan. Terlalu sakit untuk aku teruskan permainan ini. Aku tahu aku tak macam orang lain. Dalam study, aku lembab. Orang lain dah grad, dah kerja. Aku pula masih struggle study. It's okay. Aku abaikan perkara tu. Banyak lagi aku tak macam orang lain. Aku tahu tempat aku. Maaf wahai hati, aku seorang yang benci perkataan menunggu tapi aku juga yang mencintai tempoh menunggu tu. Maaf, aku perlu teruskan hati aku. Aku teruskan menunggu dia. Takde orang lain yang aku confess macam dia. Takde orang lain yang aku sendiri usaha untuk dapatkan secebis cinta. Maaf duhai hati, aku terpaksa tutup pintu. Aku hanya membuka tingkap untuk memerhati. Cukup sedar dari jauh.

01 May 2017

Ditipu Hati

Hi deary,
Again, aku rasa sakit hati. Takde tempat nk luahkan, maka kau lah tempat aku mengadu. Hmmm, soal hati. Aku sedar siapa aku, macam mana kehidupan aku. Tapi tak perlu lah sakitkan hati aku. Mungkin bagi diorang, seronok melihat insan macam aku diberikan harapan cinta. Seronok barangkali melihat aku melayan cinta yang dibuat-buat. Ingat hati aku ni apa? Plastik? Senang dicari?

Duhai hati, dulu dah pernah kan kena macam ni? Kenapa ulang kembali? Sebab background dia orang islamik? Fool you! Sudah lah. Dulu, kau terima orang yang cintakan kau tapi kesudahannya kau ditikam belakang. Kali ni kau terima kerana kau cintakan Agama. Tapi apakan daya, dipermainkan juga. Cukuplah. Jangan dibazirkan sekeping hati yang dicelur dalam drama kotor mereka. Simpanlah hati itu untuk seseorang yang benar mencintaikau.

Tidak perlu kau ubah diri kau. Tiada guna. Kau perlu perbaiki diri. Ada seseorang tunggu kau. Siapa dia? Jawapan pada Allah. Kau perlu tunggu sahaja. Insya-Allah, ada manusia yg baik hati. Amiinnn.