07 May 2011

AUSMAT vs AUCMS

Khamis 4 Mei 2011
10.00pagi

Aku mendail nombor yang telah diberi oleh pengurus INTEC UiTM untuk mengetahui keputusan temu duga aku semalam. Panggilan aku dijawab oleh kerani INTEC UiTM. Aku memintanya untuk menyambung kepada En. Ahmad. Tatkala En. Ahmad menjawab panggilan aku, aku terus menanya keputusan temu duga dan memberi nama penuhku. En. Ahmad berkata,

"Hafizi,awak dapat AUSMAT bagi jurusan Perubatan. Awak perlu mendaftar pada 3 Julai 2011 di INTEC UiTM. Untuk maklumat lanjut,awak perlu tunggu surat tawaran. Tahniah! Awak berjaya."

Aku ketika itu terus membayangkan Australia. Sebuah negara yang aku amat kagumi kerana memiliki benua tersendiri. Aku memang teringin untuk menjejak kaki ke negara itu dan belajar di situ.

Aku terasa bingung kerana aku tidak dapat memberi kata putus lagi. Hal ini bertamabah bingung apabila tawaran AUSMAT ini ialah PERSENDIRIAN. Jadi, aku memerlukan pinjaman atau penaja. Aku sudah menelefon beberapa pihak untuk menanyakan hal ini. Kebanyakan daripada mereka tidak pasti aku dapat ataupun tidak. Aku lalu berbincang dengan ibuku. Ibuku berbincang dengan keluarga sebelah ibu.
Setelah berbincang, aku mulai dapat memberi kata putus. Beberapa perkara aku telah kaji. Antaranya pointer,bayaran,tempoh pengajian dan beberapa hal lagi. Setelah aku meneliti perkara itu,aku memutuskan untuk memilh AUCMS.
logo baru
logo terkini

Di AUCMS aku ditawarkan Diploma in Medical Sciences selama 3 tahun. Aku juga ditawarkan PTPTN. Aku juga telah memutusakan untuk mengambil pinjaman MARA. Di AUCMS peluang pekerjaan aku lebih senang.

Aku sudah pun mempunyai keputusan yang paling muktamad. Semua tawaran telah aku kaji dan selidik. Sesudah aku melihat keputusan UPU(UiTM Kuala Pilah-Diploma Sains), aku sudah yakin bahawa rezeki aku di negeri Pulau Mutiara. Alhamdulillah, aku akhirnya menemui jalan yang aku tercari-cari selama ini.

2 comments:

  1. as-salam . tumpang tanya , kalau program tu persendirian , kite boleh buat pinjaman mara ke ?

    ReplyDelete
  2. untuk lebih lanjut try hubungi pihak mara. sebab saya kurang pasti mengenai hal ini

    ReplyDelete

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D