05 May 2011

INTERVIEW AUSMAT-INTEC UITM (Bahagian 1)


Selasa 3 Mei 2011
Aku bangun agak awal kerana aku nak membuat persiapan akhir sebelum berangkat ke Penang Ahad ini untuk meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar. Aku akan mengambil Diploma of Medical Sciences selama 3 tahun di Alliance University College of Medical Sciences(AUCMS), Kepala Batas, Penang. Seperti kebiasaan aku, aku membuka laman sesawang Facebook dan Blogspot untuk mengetahui perkara semasa.

10.00 pagi
Deruman motosikal yang aku nantikan telah tiba di hadapan rumahku. Aku segera meninggalakan komputer lalu keluar rumah untuk melihat surat yang dihantar oleh si posmen. Aku berharap surat itu ialah surat yang aku nantikan iaitu surat tawaran baru daripada AUCMS kerana aku menunda tarikh pendaftaran. Setelah aku mendapatkan surat di dalam kotak merah, aku segera masuk dengan hampanya. Dengan tidak sengaja aku terlihat surat yang aku terima.

“SILA KEMBALIKAN KEPADA NAIB CANSELOR INTEC UITM JIKA SURAT TIDAK SAMPAI”

Hati aku sedikat tidak keruan. Aku lantas membuka surat itu. Hatiku gembira bercampur sedih.

“TAHNIAH KERANA SAUDARA TELAH TERPILIH UNTUK PROGRAM INTEC UITM(PERSENDIRIAN) BAGI PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA. SAUDARA DIMINTA UNTUK MENGHADIRI SESI TEMU DUGA SEPERTI YANG BERIKUT"

Tarikh : 4 Mei 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat V102b, Blok V, INTEC UiTM Kampus Seksyen 17

Aku tidak dapat berkata tatkala membaca surat itu. Aku tidak menyangka aku terpilih kerana keputusan SPM aku tidaklah begitu baik. Aku memanggil ibuku untuk berbincang. Aku tidak tahu hendak dibuat apa kerana surat yang bertaikh 25 April 2011 itu telah lewat sampai ke rumahku. Esok sudah hari temu duga. Saat itu aku terasa amat marah kepada pihak pengurusan di atas kelewatan itu. Tatkala aku sudah hampir 100% menyiapkan diri untuk ke Penang, surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Australia yang merupakan sebuah Negara yang aku ingin menjejak kaki di situ. Air mata mula untuk bergelinangan. Aku pada mulanya memutuskan tidak akan pergi ke temu duga itu. Tetapi naluri seorang ibu yang tahu bahawa anaknya amat berat hati untuk melepaskan tawaran ini lalu bergegas menelefon si ayah. Alhamdulillah, ayahku memberi kata putus supaya aku pergi ke temu duga itu.

Segala sijil telah lama aku siapkan kerana aku sudah bersiap sedia dulu sebelum melihat keputusan PILN MARA walaupun aku tahu harapan aku amatlah tipis. Aku melihat kembali fail itu. Sijil-sijil tidak bersusun rapid an resume tidak dikemaskini. Dengan berbekalkan  motosikal, aku pergi ke kedai berdekatan untuk membeli sebuah fail baru dan mencetak resume baru. Aku juga terpaksa bergegas berjumpa JKK Kampung untuk pengesahan gaji. Syukur kerana semuanya siap sebelum aku bertolak ke Kajang untuk bermalam di rumah mak cik aku.

BERSAMBUNG UNTUK BAHAGIAN KEDUA…

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D