05 May 2011

INTERVIEW AUSMAT-INTEC UITM (Bahagian 2)

Rabu 4 Mei 2011

Hari yang aku nantikan telah tiba. Hari ini dalam sejrah hidupku, aku telah pergi temu duga yang sebenar. Sepanjang perjalanan ke INTEC UiTM, aku cuba untuk berspeaking. Ternyata aku masih lagi lemah. Gagap terlampau sangat. Idea tidak datang mencurah. Aku sudah berserah segalanya ke pada Yang Maha Esa. Sebelum ke bilik temu duga, aku tidak mempunyai selera untuk menjamah makanan. Aku hanya mampu minum dua gelas air teh suam(berlainan tempat).

9.00pagi
Aku ke Pejabat Pentadbiran INTEC UiTM. Amatlah aku terkejut kerana semua yang hadir merupakan anak orang kenamaan dan berada di status KAYA. Ada si ibu yang membawa beg sebesar troli(perumpamaan yang aku gunakan untuk beg tangan yang besar) da nada si ayah membawa kertas dokumen projek besar yang perlu ditandatangan. Rata-rata mereka yang hadir mempunyai i-Phone walhal aku hanya membawa telefon yang boleh gelikan anjing apabila dibaling kerana telefon itu murah(bawah RM150). Aku seperti biasa akan menyendiri daripada khalayak ramai.

Setelah masuk ke Pejabat Pentadbiran INTEC UiTM dan melihat nombor giliran aku, aku dipersilakan duduk oleh pengurus di situ. Aku bagai terpinga-pinga kerana tiada sesi pendaftaran mahupun penerangan serba sedikit. Dalam hati aku berkata,

“Mentang-mentanglah PERSENDIRIAN,jadi buat hal sendirilah ni!”

Hati sedikit marah. Muka yang berkerut terus bertukar jernih apabila seorang staff menegurku.

“Adik,janganlah stress sangat. Senyum sikit”

Hati aku sedikit terhibur lagi apabila melihat seorang peserta yang hadir cuma memakai t-shirt tidak berkolar berseluar jeans dan seorang lagi tidak memasukkan kemeja ke dalam dan berseluar jeans serta bersipar.

11.30pagi
 Giliranku telah tiba. Bacaan Basmallah aku mulakan. Aku masuk lalu memberi salam. Aku bertambah terkejut kerana semua penemu duga menjawab serentak dan terus menjawab tanpa ada sempadan masa antara salam aku dan jawapan mereka. Aku bertambah gugup kerana semua mereka ialah perempuan . Memandangkan temu duga ini secara individu, kegugupan aku makin menjadi-jadi. Aku berselawat untuk menenangkan diri. Sejurus aku memberi failku,mereka menyuruhku duduk. Ketika punggung tidak mencecah kerusi, aku disuruh perkenalkan diri. Aku yang sedikit gopoh kerana tidak duduk lagi, sudah diperkenalkan diri. Aku memberi salam sekali lagi dan mulalah sesi gagap aku ketika ditemuduga. Perkara yang mebuat aaku gugup ialah temu duga dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan tiada bahasa Ibunda yang aku tunggukan. Mereka juga menggunakan Bahasa Inggeris tahap tinggi yang membuatku tersalah faham 2 soalan. Tapi bersyukur kerana mereka menerangkan sekali lagi.

Temu duga aku berlangsung selama 3 minit sahaja. Jangan terkejut kerana ada peserta yang hanya 1 minit. Peserta itu hanya perlu memberitahu jurusan yang dipilih sahaja dan berbagai lagi.
Aku amat terkejut ketika di akhir temu duga kerana pengakhirannya seperti bukan akhir. Aku rasa agak kecewa kerana penemuduga berjaya memenangi semua perbahasan. Aku amatlah dukacita kerana tidak dapat memenangai perbahasan dengan mereka walaupun aku sudah menempis segala hujahan mereka. Ternyata merka lagi hebat.

Sampai di dini sahaja perkongsian aku,untuk mengetahui soalan yang diajukan oleh si penemuduga yang membuatkan perbahasan kami agak hangat,silalah baca entri seterusnya..

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D