05 May 2011

INTERVIEW AUSMAT-INTEC UITM (Bahagian 3)

Mock Interview = Real Interview

Kawan-kawan SBP Integrasi Jempol sekalin,ingat lagi tak mock Interview di sekolah? Terima kasih diucapkan kepada pihak Kaunselor SBP Integrasi Jempol kerana menganjurkan program ini. Okaylah,entri kali ini aku nak mengimbau kembali Mock Interview aku. Ada soalan yang sama dengan soalan ketika aku ditemuduga di INTEC UiTM. Soalanya ialah

“Apakah biasiswa yang anda pohon dan kenapa?”

“Jikalau tidak dapat biasiswa itu, apa yang anda lakukan?”

2 soalan itu keitka Mock Interview tetapi ketika sesi temu duga di INTEC UiTM, soalannya lebih kurang sama tetapi formatnya lain. Okaylah, aku teruskan kepada soalan yang agak panas dan menghangatkan lagi perbahasan kami.

“Kalau awak diberi pilhan, jurusan apa yang awak nak?”

“Awak rasa awak layak ke nak ambil jurusan tu?”

“Anda tahu program ini awak sendiri kena tanggung?. Segala bayaran yuran pengajian dan segala bayaran semasa pengajian .”

“Awak mampu ke nak bayar?”

“Awak tahu tak yang AUSMAT ni mahal?”

“Kenapa awak perlu ambil pinjaman daripada MARA?”

“Awak yakin MARA boleh bagi?Setahu saya Mara tidak bagi.”

“Kenapa awak nak mabil PTPTN kalau tidak dapat MARA?Bukan PTPTN tidak bagi?”

Pergh! Soalan yang memanaskan hati aku. Aku putar belit pun tak boleh. Akhirnya, aku kematian ayat. Dan salah seorang penemu duga yang terkenal dengan soalan panasnya berkata,

“Awak,kalau awak tak boleh nak bayar AUSMAT ni, kami boleh bagi Program Di India. Murah.”

Aku yang sudah bersedia untuk menepis ayatnya tiba-tiba terhenti kerana sesi interview aku sudah tamat dengan pengakhiran ayat yang menyakitkan hati aku. Aku yang agak terpinga-pinga kerana interviewku seperti tergantung, mengambil semula failku dan mengucapkan terima kasih kepada semua penemu duga serta berlalu keluar. Segalanya telah aku serahakan kepada Yang Maha Esa. Semoga segala yang bakal aku putuskan ini adalah yang paling terbaik.

3 comments:

  1. Err,lupa nak bagi tahu..semua soklan dalam BI..tiada BM..so aku dah MELAYUkan..

    ReplyDelete
  2. boleh tny tak? susah ke nak lepas masuk intec ni? and by the way all applications must went through interview dulu ek? thank youu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya isi borang pensendirian. maksudnya tanpa tajaan.

      kebanyakan application banyak kena interview.

      nak lepas interview senang je sebenarnya. kena ada confident level yang tinggi. bantai je apa-apa time nak cakap. yang penting confident. sebab interviewer nak tengok kita ni confident atau tak.

      mengenai interview yang saya lalui, semua yang hadir time tu lulus interview sebab sikit je yang datang. macam saya bagi tahu awal-awal, saya isi borang pensendirian.

      untuk pengetahuan awak, INTEC ada 2 cara kemasukan kalau tak silap saya. pertama melalui tajaan. kedua melalui isi borang pensendirian.

      itu sahaja yang dapat saya bantu :)

      Delete

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D