06 June 2011

Budak Medical Sciences Part 1

Okay. Aku rasa dah semua orang duk bercerita mengenai Universiti or Kolej masing-masing kat blog. And ada yang sempat lagi buat entri mengenai orientasi selepas tamat oreintasi. Aku? Aku ni agak sibuk memandangkan aku ni merantau jauh. So,banyak la benda aku tertinggal. Itulah, inilah. So,habis orientasi, aku rest gila-gila. Lagipun, hostel aku ni tak ada lagi WiFi sebab hostel cawangan yang baru buka. So, dalam proses menambahbaik lagi kemudahan. Nasib baik bas shuttle tetap ada. : )



Nama kolej or Universiti aku ialah Allianze University College of Medical Sciences. Singakatannya AUCMS tapi still lagi ade yg panggil ACMS sebab kolej aku ni baru je naik taraf jadi KOLEJ UNIVERSITI. Dengan namanya, aku terbayang yang mesti ramai gila budak Medical Sciences. Namun, semua itu hanyalah bayangan sahaja sebab kat sini ada banyak lagi course. Antaranya Physioterapy(entah betul ke tidak ejaan aku), Nursing, Pharmacy and course aku MEDICAL SCIENCES!



Hari pendaftaran 9 Mei 2011. Aku and abah datang awal ke Penang iaitu 8 Mei dah datang. Naik flight. Huhu. Mummy cakap, "Allah bagi Iji naik flight ke Penang sebagai ganti tak pergi overseas. Allah itu maha adil". Barulah aku sedar. Semua yang Allah jadikan pasti ada hikmahnya. Kembali kepada cerita. 8Mei tu aku and abah dah round sikit kat Penang yang dibantu oleh Pak Mail(kawan lama Abah). Thanx Pak Mail. First night at Penang was terrible. Panas gila. Aku tak tidur lena.



Pagi 9 Mei 2011, aku,Abah and of course Pak Mail datang awal gila kat AUCMS. Pergh! Sengal betul. Habis semua pelajar kat situ tengok aku. Haha. Padan muka aku sebab tak tengok waktu pendaftaran kat dalam surat tawaran. Hihi. Lepas tu siap kene bebel ngan Abah and of course Pak Mail. Pak Mail cakap kalo tahu lamabat, dia bawa pergi jalan-jalan kejap. Hihi. Lawak betul time tu.

Dalam pukul 9 macam tu, baru ada sedikit taklimat tatacara pendaftaran sebab ada banyak kaunter waktu tu. Bla bla bla and bla. Abah bagi aku signal suruh aku masuk dulu. Aku pun angguk jela. Abah ni semua benda nak cepat. So,aku pun berebut la masuk awal. And yang membanggakan, aku dapat nombor 1! Haha. Amek kau. Check document,daftar course,omelan duit pengajian yang pening aku tengok banyak nombor,PTPTN. Sampai kat PTPTN aku stuck. Aduyai. Akaun bank. Dia tak nak CIMB Islamic. Geram aku. Dia nak CIMB merah or Konvensional. Abah dah nak naik angin. Rileks Abah. Aku abaikan permasalahan itu and terus ke kaunter terakhir. Pendaftaran hostel. Dia bagi kad matrix sementara and suruh pegi hostel Seri Serdang.



Di Hostel Seri Serdang, macam biasa, aku still orang fisrt. Habis kelam kabut orang tu nak buat sebab belum habis susun kertas. Aku pun agak pening nak isi borang. Banyak sangat. Nasib baik ada pegawai bantu. Aku dapat rumah bernombor 88. Rumah tu okay la. Macam rumah. Tapi bilik macam hostel. So,aku pun angkat barang and then terus ke CIMB nak buat akaun lagi satu. Pergh! Banyak akaun aku kat CIMB ni. Haha.



Selesai semua itu,aku pegi hantar dokument akaun. Next, gi hostel. Sesi berkenalan berlaku di hostel selepas Abah and Pak Mail balik. Aku pun dah start bosan ngn sesi perkenalan. Aku pergi makan. Duit sendiri dah. Bukan DM macam dulu kat Hostel. Haha. Pukul 6 start orientasi or Minggu Suai Kenal.

Bersambung...[KLIK]

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D