07 June 2011

Budak Medical Sciences Part 2

Salam. Harap maaf ya kepada semua pembaca BUDAK MEDICAL SCIENCES PART 1. Hehe..kan saya terletak [KLIK] pada penghujung entri tu TAPI tak boleh KLIK kan? Hah! Tu gimik je. Hehe. Tak ada lah. Sebenarnya nak buat semalam part 2 tapi tiba-tiba dah malas.





terima kasih Suhazree!


Pertama sekali,terima kasih kepada Suhazree kerana sudi membaca. Hehe. Sorry ya! Ok,disebabkan dia telah baca, jadi, saya akan teruskan entri part seterusnya. Terimalah(bajet macam nasyid pula..haha).

Pukul 6.00pm 9 Mei 2011, saya sudah siap berpakaian untuk beriadah dan kami perlu berkumpuldi pejabat Hostel Seri Serdang. Tunggu punya tunggu, sikit je yang nampak nak berkumpul. Lelaki lagi banyak daripada perempuan. Pelik! [Facts: Pelajar lelaki kuantitinya 1/3 dan perempuan 2/3] Jadi,aku pun dah ternamapak En. Anas nak naik angin sebab budak perempuan lembab. Haha. Padan muka diorang sebab kena marah. Lepas tu, aku dah terbayangkan yang mesti ada riadah yang paling aku benci. Tup tup, tetiba je benda lain. Kitorang diberi makan. Rupanya kami pelajar baru diberi makan percuma selama 3hari je. Nasib baik dapat. Sedap pun sedap. Kafe AUCMS yang buat.

hiasan semata

Selepas ambil makanan,kami di suruh pulang ke rumah masing-masing(hostel bukan rumah sendiri). Pukul 8 diminta berkuumpul di Auditorium Seri Serdang,School of Nursing. Aik! Bangunan tu ada auditorium ka? Pening otak aku. Usai solat maghrib, aku pergi mencari Auditorium tu. Fuh,nasib baik ada abang dan akak Fasilatator. Kalau tak,gerenti aku tawaf bangunan School of Nursing malam-malam buta. Masuk je auditorium tu, aku terkejut. Besar la jugak. Boleh lah memuatkan dalam 250 ++ pelajar kot. Haha. Aku main teka je.

auditorium
 Sesi orientasi macam biasa dimulakan dengan ice breaking. Aku ingatkan kena pergi depan and then perkenalkan diri. Rupanya bukan. Err, aku lupa nama orang tu. En.X. haha. aku dah lupa. En.X just tanya sapa dari situ lah, Sapa dari sini lah. Thanx ya En.X! Tak perlulah aku ke depan. Kami diberikan jadual orientasi. Aku pun tengok la jadual tu dengan penuh bangga. Pagi sampai petang ada taklimat di Waziria Medical Square(Pusat Pentadbiran + Tempat belajar budak Pre-Med,Medical Sciences & Farmasi). Malam pula ada LDK di Auditorium. Argh! Bosannya!

Waziria Medical Square
 Pagi-pagi lagi dah kena bangun berebut toilet. Gosok baju(kena pakai kemeja=formal). Macam aku bayangkan. Memang bosan gila dengar taklimat. Walaupun bosan, tetap ada yang menyerikan majlis. Penghulu(ketua bagi pelajar baru) selalu membuatkan kami terhibur. Kalau tak ada dia, jawabnya semua tidur. Dah la beraircond. Memang lah taklimat tu bosan tapi berguna sebenarnya. Ada taklimat subjek,peperiksaan,PTPTN etc. Yang penting makan disediakan. Fulamak!Sedaaaap!!

Malam ada LDK. Pergh,bosan. Dah la dapat group yang tak hapening. Aku je yang macam orang giler. GGGgggrrrr. Bosan ko taw. Dahlah dapat tugasan buat Dikir Barat time malam penutupan. Lagi la tak bergerak. Semua tunggu arahan. And aku lak dipilh jadi ketua. Memang terbaiklah! Tambah lagi, tekak aku dah sakit dan suara aku serak. Panas sangat kot. Aku dah pening nak buat macam mana dengan group aku ni. Last,last aku biarkan je ada miracle.

Malam tu,kitorang tak perlu lagi berlatih for the persembahan. Kitorang diberikan permainan outdoor. Aku suka giler semua permainan dia. Best tapi yang tak bestnya group aku lah. Semua tak nak bagi kerja sama. panas aku dibuatnya. Antaranya permainannya jalan itik guna tikar,radio rosak,stabilkan paku and bulatan silang pangkah. Erm,sowi ye. Aku malas nak terangkan satu satu.

Sesi karaoke
 Malam majlis penutupan,memang tragis. Aku rasa group aku yang paling teruk. Tekak aku makin bertambah sakit. Aku asyik terbatuk. Suara tak yah cakap. Dah tinggal nyawa ikan. Dimulakan dengan ikrar dan nyanyian lagu. Lepas tu baru persembahan. Aku dah lupa aku nombor berapa. Lantaklah. Dikir barat kami didibaratkan sebagai miming mulut. And nak miming pun aku tak reti. At last,aku bantai je. Itulah hari yang paling memalukan dalam sejarah orientasi aku. Tak pernah lagi terjadi macm tu. Dah. Abaikan je.

Bersambung....[KLIK]

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D