07 June 2011

Budak Medical Sciences Part 3

Salam. Part 3. Part ni khas untuk bagi tahu kehidupan aku sebagai BUDAK MEDICAL SCIENCES. Selepas orientasi, aku kini bergelar mahasiswa! Jangan cemburu. haha. Aku sebenarnya masih tak percaya yang aku dah bergelar mahasiswa. huhu. Yalah, aku masih lagi macam budak-budak macam kawn-kawan baru cakap. Aku punya subjek untuk semsester pertama ini ialah seperti berikut :
  • Basic Chemistry
  • Human Biology
  • Basic English
  • Pendidikan Islam
  • Personal & Professional Development
Nampak macam sikit je kan? Sebenarnya agak senang bagi yang rajin dan agak susah bagi yang malas. Senang kata kene rajin membaca tahu! Aku punya jadual tak berapa pack dan tak berapa rileks. Kelas dari hari Isnin sampai Khamis. Jumaat depend on lecturer. Kalau nak extra class, pergi buat appointment ya!
Kelas - kelas kami diadakan di dua tempat. Isnin sampai Rabu di campus Waziria Medical Square. Khamis pula di School of Nursing. [Facts: AUCMS ada 3 campus]
Waziria Medical Square
School of Nursing
School of Physioteraphy
Ops,lupa nak bagi tahu. Setiap campus ada pelajarnya tersendiri. Di Waziria(Pusat Pentadbiran), di sini tempat untuk pelajar Pre-Med,Medical Sciences and Pharmacy. Di School fo Nursing ni sebenarnya menempatkan peljar Nursing tetapi disebabkan di sini ada laboratory and auditorium, semua pelajar dari pelbagai bidang turur menggunakan bangunan ini. Bagi School of Physioteraphy, mereka lebih senang kerana bangunan ini hanya menempatkan pelajar physioteraphy sahaja.

Setiap campus ada pejabat,cafe dan juga library. Untuk privacy, anda digalakkan ke library school of nursing iaitu tempat selalu saya lepak pada waktu petang untuk dapatkan WIFI(sudah semestinya) dan ketenangan. Di library ini, tidak ramai yang menggunakannya. Jadi lebih selesa untuk perbincangan. Jika anda mencari buku untuk rujukan, di library school of nursing terlalu terhad, jadi anda digalakkan mencari di library Waziria Medical Square. Di library Waziria, tempatnya banyak buku dan juga menyediakan bilik-bilik khas untuk perbincangan. Jadi situasinya agak ramai. Manakala di library school of physioteraphy,anda hanya dibenarkan untuk meminjam dan memulangkan buku sahaja(buku physio je ada) kerana tiada ruang untuk perbincangan.

Untuk hostel, AUCMS ada 2 cawangan hostel. Hostel utama di Putra Villa.
Pintu masuk Putra Villa
Di Putra Villa terdapat banyak kemudahan. Antaranya ialah swimming pool,gymnasium,bilik tayangan,cafe dan Club House(tempat untuk aktiviti pelajar). Perkhidmatan WIFI pun turut ada.
swimming pool
 Untuk kemudahan pergerakan pelajar, AUCMS menyediakan shuttle bas. Tetapi perlu diingatkan! Setiap bas mempunyai TAG tersendiri. Ada bas A,B,C,F dan M(M ni tak tahu betul ke tidak). Setiap TAG membawa ke tempat yang tersendiri. Untuk kesenangan para pelajar, bas AUCMS juga mengahantar anda ke Pekan yang terdekat iaitu KAILAN. Jadi, silalah bertanya kepada pemandu bas jika anda musykil. Haha..macam promoter pulak.
garaj bas
 Hah!Perasan tak! Tadi saya cakap ada 2 cawangan hostel kan? Meh sini saya cerita. Cawangan hostel yang kedua ini baru sahaja beroperasi pada bulan April. Hostel ini terletak di Taman Seri Serdang iaitu belakang School of Nursing. Disebabkan hostel ini baru sahaja beroperasi, terdapat lagi kekurangan yang akan ditambah dari semasa ke semasa. Jadi inilah hostel saya!
hostel Seri Srdang
Ops,gambar di atas ialah hostel pelajar perempuan. Pelajar lelaki di hujung sekali iaitu rumah teres setingakat memandangkan pelajar lelaki sedkit kuantitinya.

Sampai di sini sahajalah perkongsian saya. Lain kali saya cerita lagi megenai benda lain pula. Wassalam.

1 comment:

  1. Mcm best je bnyi die .. Mcm mne ble tmat blaja nnti adkh kerja phak kolej uruskan .. Trime kasih

    ReplyDelete

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D