05 July 2011

Clorox Vs Iman

ni namo nyo clorox!!xkan xkenal!!!! 

Clorox sebagaimana yang semua sedia tahu bahawa clorox merupakan peluntur. Iman pula sudah sedia tahu. Cuma tahap visibility atau tahap rating iman kita tidak kita ketahui.

keto yg diexpand kan..hahaha..
Semenjak masuk universiti, kebanyakan pelajar akan mengalami shock culture. Jangan tipu jika anda tidak pernah kena wahai mahasiswa dan mahasiswi sekalian. Aku sendiri pun kena tahu! Walaupun tinggi kau punya iman, tapi kalau kau tak solat tiada gunanya! Takkan nak tunggu hidayah datang dengan limousine! Hidayah kita kena search tahu! Bukan search pakai google,yahoo ataupun msn! Tapi dengan mendekatkan diri kepada Allah.

chef setan!!
Setiap waktu, satu lagu yang tidak akan pernah jatuh ratingnya selalu dialunkan. Lagu yang lagi hebat daripada lagu K-Pop! Tetapi! Telinga yang Allah kurniakan yang cukup sifat, sudah ditutup oleh si syaitan sial! Azan yang berkumandang tidak dilayan,tidak DIHORMATI! Malah mereka sudah menganggap azan itu seperti angin yang bertiup!

penyapu cotton moden..hahahaha..
Warning sudah diberi tetapi tidak didengari. Tugasan yang Allah berikan tidak dilaksanakan. Tugasan lecturer lagi PENTING bagi mereka! Solat yang pelbagai rahsia dan hikmah tidak dijalankan. Walaupun mulut ustaz di zaman bersekolah berbuih sabun, tidak disimpannya dalam hardisk otak. Itu yang dalam kelas tak faham apa lecturer membebel! Otak pun tak mop. Sebatang penyapu pun tiada dalam otak.

woa!!sedap!!!lapar!!!
Novel yang berbab 30 tidak pula disentuh. Mana tidaknya! Novel itu tidak dibawa. Buku subjek sememester yang tebal burger Big Mac boleh pula dibawanya. Buku tu juga yang dibaca dan siap dikhatamkan lagi. Al-quran yang merupkan MUST READ novel dan juga dapat THE BEST novel serta tidak akan ditelan zaman sudah dijadikan koleksi di dalam almari bagai pinggan Vantage yang selalu dipamerkan di rumah orang kaya.

bila nak full ni???!!
Kesimpulan entri kali ini ialah marilah kita kuatkan iman di dada, tambahkan iman, charge iman supaya full dan sentiasalah upgrade iman dengan bersolat 5 waktu dan membaca Al-quran. Dalam kehidupan seharian boleh pula kita charge handphone, charge laptop dan juga update antivirus, tetapi kenapa kita susah sangat nak mengangkat tulang 4 kerat kita untuk mengerjakan solat?Kenapa kita juga malas nak membasahkan bibir dengan alunan ayat Al-quran dan zikir? Tepuk dada tanya IMAN!

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D