10 May 2012

Hafal Notes Bersama Saya

Annyeonghasayo!
Saya nak buat degree dekat Korea boleh?
Hahaha. Gedik pulak aku ni.

Lecture notes memang membuatkan anda garu kepala.
Lebih-lebih lagi kalau yang terlampau ringkas atau terlalu complicated.
So,hari ni saya nak ajar macam mana nak senang hafal.

Bahan-bahan yang anda perlu sediakan :
1. Highlighter warna kesukaan (2 sahaja)
2. Lecture notes yang kamu suka.
3. Lagu secukup rasa

Kebiasaannya, nota dibaca dan dihafal secara terus kan?
Ok. Kali ni cuba tukar. Korang try selak-selak je.
Korang just sekali imbas. Baca tajuk setiap point.
Kenapa buat macam ni ialah kita dapat imbas kembali kepada lecture dalam kelas.

Next, anda baca sekali lagi tapi dengan penuh teliti.
Highlight point penting.
Point yang korang tak faham, lagi bagus korang HIGHLIGHT SEMUA.
Ini adalah cara untuk membuatkan anda akan tahu part mana yang anda kurang faham.
Biasanya orang akan BINTANGKAN or what so ever.
Benda ni kadang-kadang tak perasan.

Dah highlight? Habis dah ink dia?
Kali ni korang baca dengan penuh penghayatan sebab kali ni korang akan hafal terus.
Macam tadi, korang just prepare untuk hafal.
So,lepas dah highlight,korang akan nampak apa yang korang baca tadi.
Nak lagi elok, korang baca banyak-banyak kali.
Kalau dah rasa otak tak boleh nak absorb, korang berhenti.

Kali ni,korang rehatkan diri dengan lagu yang korang minat.
Macam saya, saya suka piano.
Hayati lagu tu.
Lepas rasa dah ok, sambung balik.

Itu sahaja step-step yang saya nak kongsikan. Cara ni cara saya, jadi saya hanya berkongsi sahaja. Kalau ada yang menjadi, Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah.
p/s: saya suka study sambil menyanyi

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D