10 August 2012

Iklan Raya BERNAS

Annyeonghasayo!
Sila tekan pause dekat lagu ya.
Sedih rasanya bila tengok video ni. Sebak sampai tak terkata. Nasib baik tengok dekat rumah. Kalau kat hostel, mau banjir. Tetiba teringat dekat adik-adik di Rumah Anak Yatim Nur Kasih Ulu Sepetang, Taiping, Perak.
Kerja Amal di Rumah Anak Yatim Nur Kasih Ulu Sepetang, Taiping, Perak pada 17 Jun 2012
17 Jun yang lalu saya dan rakan sekolej pergi buat kerja amal dekat rumah anak yatim tu.
Sebelum pergi memang tak tahu rupa rumah diorang tu.
Sampai je dekat rumah tu, sebak hati ni. Tak mampu nak tengok wajah diorang.
Tuhan je tahu macam mana sebak time tu.
Tetapi tak lah sampai menitis air mata, tak nak adik-adik tu nampak.
Dekat situ, kami semua buat medical check up.
But tugas saya ialah bawa seorang adik ke setiap check point. Setiap orang dapat seorang adik.
Adik saya dalam gambar sebelah kiri. Pakai baju merah.
Dia diam je tapi suka potong barisan. Lawak la adik ni.
Ok. Berbalik pada video. Sangat tersentuh. Well done to BERNAS. Iklan yang bagus.  

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D