07 September 2012

Review Sadako 3D


Annyeonghasayo!
Eh,salah bahasa pulak. Sekarang mood Japan. haha
Sejak balik ke kolej lepas cuti raya, mood tengok movie membuak.

Semalam saya dan rakan-rakan enjoy the cancel class with Cuti-cuti Penang.
Mula-mula kami pergi ke 1st Avenue. Tengok movie.
SADAKO 3D. Cerita filem Japan.

Cerita mengenai satu video puaka yang menyebabkan ramai yang mati.
Selepas menonton video itu, penonton akan mati.
Polis pulak siasat dan bagi tahu yang punca kematiaan disebabkan oleh bunuh diri.
Sebenarnya video tu macam hipnopsis penonton supaya bunuh diri.
Hantu cerita ni sebenarnya satu roh yang berpisah dengan jasadnya sebab ada roh baik dalam jasad itu.
So, dia tengah cari jasad sesuai untuk hidup balik.
Tetapi dia nak juga jasad roh baik tu sebab dia nak bunuh roh baik tu.

So,sekarang saya nak bagi rating 4/5.
Cerita ni banyak buat saya jerit macam orang gila.
Mana taknya, kami berempat orang yang depan.
Yang lain, 2 orang  kat belakang kitorang and sebelah kitorang 2orang lagi.
2 orang yang dekat belakang asyik gelakkan kitorang sebab jerit macam orang gila.
Tu baru 2D. Kalau 3D mampos mati kat situ.
Salah seorang daripada kami hampir tercekik pop corn.
Kesian dia sebab saya jerit kuat giler sampai dia terlebih terkejut.
Hehe, sorry ye.

Ops, lupa nak bagi tahu sebab bagi 4 bintang je.
Cerita berjaya menyeramkan saya sampai saya terpaksa tutup muka.
Tapi ending dia tak best, nak tergelak je bila tengok hantu dia.
Kaki panjang macam spider. Hahaha.
Over all best daripada The Possession.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D