26 October 2012

Diari Hanya Untuk Awak

Annyeonghasayo!
Mood? Happy : )
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Maaf Zahir & Batin!

Tadi time tengok news feed from YouTube, ada something menarik!
Nah, bawah ni ada video yang saya maksudkan.
Sila tengok dari awal sampai habis.

Dah tengok. Romantik kan?
Bagi yang baru putus, harap bersabar dan tabah.
Memang saja nak kasi korang nangis. : P
Jangan marah, kita sama ler.

Saya buat entri ni untuk awak.
Bukan awaklah. Ni untuk bakal kekasih hati saya.
Awak, saya nak awak jadi THE LAST dalam hati saya.
Saya nak awak jadi pelengkap hidup saya.

Saya ni lebih suka bergaul dengan perempuan daripada lelaki.
Jadi, saya tak nak lah awak cemburu pulak ye.
Saya nak tahu apa yang perempuan suka.
So, senanglah saya nak cairkan Cadbury dalam hati awak.

Awak, saya ni bukanlah orang kaya.
Saya juga bukanlah genius.
Saya tak pandai bermadah cinta ni.
Tapi kalau berpuisi ni saya boleh kalau idea melimpah.
Saya harap awak faham saya dan terima saya seadanya.

Sekarang ni hati saya dah tertutup agak rapat.
Saya terpakai mangga Solex. Pastu saya terhilang kuncinya.
Kalau awak nak masuk dalam hati saya, awak kena pecahkan mangga itu.
Jangan risau, saya pakai yang pasar malam punya.
Senang je kalau awak teror!

Sekali awak dah masuk, saya susah nak keluarkan taw.
Hati saya ada valve macam jantung, one flow only.
Harap awak fikir betul-betul. Takut awak pengsan pulak.
Awak jangan risau, saya ni bukan budak masalah.
Cuma saya bermasalah kalau nak siapkan asssignment.
Eh, saya mana ada tiru. Saya kopi pasta je dari internet.

Awak, kalau awak jadi kekasih hati saya, saya jadikan awak nombor dua.
Sebab nombor satu ialah laptop saya. hehehe : P
Senang kata, awak masuk meminang.
Kalau Mummy saya setuju, saya kawin je terus dengan awak.
Eh, tu pun kalau saya dah bergelar doktor ok.

Okaylah. Pembaca dah mula rimas dengan saya =.='
Terima kasih sudi baca puisi merepek saya : p

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D