31 December 2012

Diari Memori 2012

Annyeonghasayo!
2012. Tahun yang banyak pahit manis.
Saya sebut pahit dulu baru manis.
So,banyak yang pahit sebenarnya.

Kenangan pahit bagaikan air kopi. Walaupun pahit, kita masih minum dan mampu tersenyum.
Ya. Sepahit mana pun kenangan itu, semua itu akan membuatkan kita terus bangkit.
Dan akhirnya tercipta satu senyuman yang mampu membuat kita terus berusaha.

Kenangan manis bagaikan air teh. Ada masa air teh tu manis, dan ada masa jadi pahit.
Tidak semestinya kenangan manis itu menjadi manis sampai bila-bila.
Ada kalanya, menjadi sesuatu yang kita tidak inginkan untuk ingat.

Kenangan dan memori sangat penting dalam hidup kita.
Dengan semuanya, kita belajar dan hidup.

Terima kasih kepada semua yang memenuhkan memori 2012 saya dengan kenangan dan memori pahit masis. Semoga tahun baru 2013 akan lebih MANIS daripada PAHIT.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D