03 January 2013

3.142 Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
sumber gambar : cstproduction.com/v3/

CST Production ialah kumpulan juruvideo professional yang terkenal dalam pembikinan video perkahwinan selebriti Malaysia. Juruvideo CST Production mempunyai Degree in Film Making and Editing. Kemahiran mereka bukan sahaja untuk video perkahwinan, mereka juga mempunyai kemahiran dalam menyediakan iklan, video muzik dan juga filem.

sumber : Fanpage Project2Pi

Baru-baru ini CST Production telah hadir dengan satu projek iaitu Project2Pi.

sila tekan pause di widget lagu sebelum play video

Pada saat hari istimewa kita, sebolehnya kita ingin berkongsi dengan semua ahli keluarga dan sahabat handai. Tetapi apakan daya jika ada segelintir daripada mereka tidak dapat hadir di majlis gilang gemilang pada hari istiwewa kita. Dengan hadirnya Project2Pi, permasalahan ini dapat diselesaikan.

sumber gambar : entmoney.com

Project2Pi merupakan satu projek yang kreatif dan inovatif. Project2Pi telah memperkenalkan teknik #liveupdate dan #instantsharing menggunakan media sosial (Instagram,Facebook dan Twitter) yang pertama di Malaysia.

Jurugambar Project2Pi akan mengambil gambar detik-detik hari istimewa anda dan akan masuk terus ke dalam telefon. Daripada telefon, gambar tersebut akan terus diupload ke Instagram dan #instantsharing ke Facebook dan twitter. Gambar-gambar yang diupload bukanlah gambar biasa kerana gambar yang diupload merupakan gambar yang professional yang telah diedit oleh krew Project2Pi. Gambar-gambar ini juga secara tidak langsung memberikan #liveupdate kepada mereka yang tidak dapat hadir di majlis hari istimewa anda bagi merasai kehangatan majlis anda.

Setelah tamat majlis anda, gambar-gambar yang telah diambil akan diupload di server Project2Pi untuk dikumpul menjadi satu album lengkap untuk majlis anda. Pada keesokan harinya, anda akan dapat album tersebut di dalam tab dan juga telefon anda. Album tersebut anda dapat #instantsharing kepada ahli keluarga mahupun sahabat anda. Project2Pi juga menggunakan khidmat www.photobook.com.my untuk mengabadikan album anda mengikut cita rasa anda dalam kualiti gambar yang sangat tinggi.

Pasangan yang pertama yang telah menggunakan khidmat Project2Pi ini ialah pasangan Maria Elena dan Asfirdaus. Anda boleh melihat semua gambar di Instagram @mariaelenazarul

Cadangan untuk Project2Pi bagi meningkatkan mutu servis
=menyediakan satu saluran online untuk #liveupdate secara online streaming
=mengiklankan Project2Pi di media semasa untuk lebih dikenali.
=menyediakan khidmat menghias untuk sesuatu majlis untuk memudahkan lagi pelanggan

Tagline untuk Project2Pi
"INFINITE YOUR DAY WITH 2PI"
Maksud tagline ini saya merujuk kepada formula ukur lilit bulatan. Bulatan seperti yang sedia maklum merupakan satu bentuk yang tiada penghujung(infinite). Bulatan ini diibaratkan sebagai dunia dan 2Pi diibaratkan sebagai sesuatu yang membantu untuk menghubungkan dunia ini dengan hari istimewa kita. Tanpa 2Pi, kita tidak mampu merealisasikan #liveupdate dan #instantsharing ke seluruh dunia.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Project2Pi, sila layari
www.3142.project2pi.com
www.facebook.com/project2pi
instagram.com/project2pi

1 comment:

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D