15 January 2013

Domain [dot] my PERCUMA UNTUK 2000 ORANG


Salam sejahtera!

Terbaca satu entri daripada blog Paly pasal domain [dot] my PERCUMA ni.
Untuk pengetahuan semua, kami merupakan pengguna DOMAIN [dot] MY.
Saya dapat domain PERCUMA ni daripada kak Innanie.
Berbalik semual kepada entri hari ni.
Rupanya saya pun dapat email juga daripada ASIAHOST.


Perhatian kepada pelanggan Asiahost,

Kami amat berterima kasih keatas tempahan anda terhadap domain .my, sekali lagi kami ingin meminta maaf keatas tempahan yang diproses lewat kerana kami menerima terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY.

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia"

So, faham tak email yang saya dapat tu?
Kalau tak faham, sabar. Baca sampai habis ya!
Kita ikut step by step.
AMARAN! DOMAIN INI UNTUK 2000 ORANG SAHAJA!
TARIKH TUTUP 31 JANUARI 2013 atau CUKUP KUATA 2000!

STEP 1
Masukkan nama link blog yang anda inginkan dibawah dan klik GO!
p/s: ikut suka nak kekalkan link yang lama atau pun tak
Domain:

STEP 2
Tekan CHECK AVAILABILITY. Kalau berjaya macam gambar di atas.
Next, CLICK TO CONTINUE
p/s: jangan tukar pada kotak 1 YEAR/S @ RM20.00



STEP 3
TICK pada DNS MANAGEMENT (FREE)
Klik UPDATE CART
p/s: abaikan kotak-kotak Nameserver



STEP 4
Jangan terkejut jika TOTAL DUE anda RM20.00.
Anda sebenarnya belum masukkan PROMOTIONAL CODE!
Sila scroll laman page tu sampai jumpa PROMOTIONAL CODE



STEP 5
Masukkan perkataan "belia" macam dalam gambar di atas.
Tekan VALIDATE CODE.



STEP 6
Nampak tak? Kan dah jadi RM 0.00
Seterusnya, anda perlu isi maklumat di YOUR DETAILS.
p/s = sila ISI DENGAN TEPAT DAN BETUL. sila SEMAK SELEPAS ISI
      = sila GUNA EMAIL yang AKTIF untuk menerima email PENGAKTIFAN DOMAIN



STEP 7
Pastikan anda menerima RM 20.00 ONE TIME DISCOUNT
TICK pada I HAVE READ AND AGREE TO THE TERM OF SERVICES
Next, klik COMPLETE ORDER
Ok. DAH SIAP!

IKUTI LANGKAH SETERUSNYA JIKA ANDA MENDAPAT EMAIL DARIPADA PIHAK DOMAIN REGISTRY.

STEP 8
Anda perlu menerima beberapa email daripada PIHAK DOMAIN REGISTRY.
p/s = email ini akan DITERIMA SELEPAS 24 - 48JAM WAKTU BEKERJA
      = email ini akan diterima lambat jika RAMAI YANG MENDAFTAR

Contoh email dan untuk step seterusnya, boleh klik pada entri Kak Innanie >DI SINI<
p/s = ni tutorial yang saya guna time tukar DOMAIN [dot] MY pada tahun lepas
      = tapi jangan risau sebab kita still di bawah bumbung yang sama

STEP 9
Dah RESET PASSWORD? Ok, bagus!
Sekarang ni kita applikasikan DOMAIN [dot] MY di blog anda.
Sila ikuti tutorial oleh Blog Cyda Yusof >DI SINI<
p/s = ni tutorial yang saya guna time tukar DOMAIN [dot] MY pada tahun lepas
      = tapi jangan risau sebab kita still di bawah bumbung yang sama


Okay! TAHNIAH! Anda telah berjaya mendapat DOMAIN [dot] MY ini!
sebarang permasalahan, boleh tanya saya di FACEBOOK ataupun TWITTER.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D