06 January 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episode 2

Salam Fear Factor!

Fear Factor Selebriti Malaysia Episode 2!

Sila tekan PAUSE di widget LAGU sebelum PLAY VIDEO

Episode 2 kali ni memang superb! Betul-betul FEAR FACTOR!
Kali ini cabaran untuk mengatasai ketakutan dengan ULAR dan KETINGGIAN.
Kalau carita pasal ULAR, ada kenangan yang agak pahit dengan menatang ni.

Pengalaman 1
Time tu darjah 5, tinggal dekat Terengganu.
Rasanya cuti sekolah sebab pergi main panjat pokok dengan jiran.
Ada pokok mangga dekat rumah jiran, saje nak main FEAR FACTOR katekan.

Sebelah rumah dia, rumah kosong and lalang sangatlah panjang.
Seorang kawan dah selamat panjat pokok, saya dekat bawah lagi.
Tiba-tiba dia menjerit "Ada ular!"

Mulalah saya menjerit sebab takut dan geli.
Terus lari dari situ, sambil lari rasa badan ni berat je.
Dah habis buat larian 500meter, baru perasan!

Kawan saya ada atas bahu saya, sempat dia melompat atas bahu saya.
Saya punyalah tergelak and tanya dia pasal ular tu.
Dia kata nampak dekat rumah kosong tu.
Lepas tu boleh pulak mengintai pergi tengok.
Geli punyalah teramat sangat lepas tengok!

Pengalaman 2
Saya dan Mummy memang penakut dan geli dekat menatang ular ni.
Time saya form 2 or form 3 macam tu, dekat Negeri Sembilan.
Mummy nampak ular lidi dekat mesin basuh and suruh saya halau.
Bayangkan betapa takutnya saya waktu tu.
Saya terus teringat pasal buluh, ular takut dengan buluh kan?
Entah saya dapat info daripada mana tah.

Yang pasti saya tak halau, saya letak buluh tu dekat mesin basuh.
Nak dijadikan cerita, ular tu duduk diam je.
Situasi ni terjadi waktu tengahari.
Memang cuak saya dengan Mummy walaupun ular tu kecil.

Kami sanggup tunggu sampai Abah BALIK KERJA.
Bayangkan saya jadi GUARD untuk menatang tu je.
Sumpah tak berani langsung kalau bab menatang tu.

Abah balik je, Mummy cakap dengan Abah pasal benda tu.
Abah halau macam tu je, ular tu lari and lastly kena makan dengan kucing kitorang.
Yang ni tak lawak, kucing tu ngap sekali je kepala dia, terus KO.

Mummy siap perli lagi "Hampeh ada anak lelaki ni"
Mana taknya, saya ni takut kalau bab menatang tu.
Lebih-lebih lagi labah-labah. Lagilah menjadi-jadi takut.

Ok. Continue with Fear Factor.
Kalau saya ada dekat tempat tu, memang saya jadi macam kak Didie.
Menangislah, dahlah kena angkat menatang tu.
Tapi saya tabiklah suami dia.
Namapak sweet di situ.
Dia sanggup quit sebab tahu bini dia tak berani.
Suami mithali. Tak nak bini dia terseksa dengan menatang tu.

Terima kasih kepada Fatimah Azzahra sebab upload video tu dekat Youtube.
Kepada sesiapa yang tak boleh PLAY VIDEO, klik sini >FEAR FACTOR<

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D