19 February 2013

Kereta vs Sawah Padi

@AZHARphotography

Olla~
Another VERSUS entri.
Petang tadi lepas habis kelas, my friends and I pergi ke MPH Gurney.
Nak tebus Voucher MPH RM50 sumbangan kolej sebab dapat 3.8 & above.
Tu result sem 3, sekarang sem 5. Abaikan berapa lama baru nak guna =.=

Dalam perjalanan, kami lalu di kawasan sawah padi.
Dan satu kejadian TAK DIINGINI berlaku. TERKESIMA!
Sedang kami seronok menghirup udara segar, ada 2 kenderaan yang sangat !@#$
Mereka dari arah bertentangan tapi sedang RACING (pendapat kami)!!
Sangat BAHAYA pada waktu itu sebab ada AKSI MAHU MEMOTONG.
Tanpa membuang masa our friend HON TANPA HENTI dan mula ketepikan kereta.
Tapi macam mana nak ketepi dekat jalan yang sangat SEMPIT!

Alhamdulillah kami selamat cuma ada SATU AKSI DEPAN MATA!
Selepas kereta kami berjaya melepaskan diri dari 2 kenderaan yang !@#$,
kereta yang mahu memotong tu HILANG KAWALAN dan TERBABAS!
Kami sendiri yang menyaksikan KEJADIAN tersebut.
Kereta tersebut mungkin brek mengejut dan kereta berpusing!
Then, kereta itu terbabas dan masuk dalam parit dan berpusing!
Kereta itu betul-betul macam PARKING dalam parit.

Kejadian itu telah menyebabkan kami rasa agak TRAUMA dan TERKESIMA.
Jadi saya di sini ingin berpesan kepada anda semua, pandulah kereta berhati-hati.
Bahaya bukan sahaja datang daripada kita malah daripada persekitaran.
Semoga dengan apa yang saya ceritakan ini dapat menyedarkan semua pemandu.

2 comments:

  1. benci dgn org yg drive gila mcm tu. sbb driver mcm tu la buatkan sy xnak drive kereta. huhu T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh,jangan macam tu. nanti susah nak gi jalan-jalan. hehehe tapi agak traumalah jugak nak bawa kete lepas kejadian tu =.=

      Delete

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D