10 March 2013

Makanan vs Kemudahan

Olla~
Macam mana cuti hujung minggu anda? Yang penting anda semua dapat rehat yang secukupnya. By the way, saya dan kawan-kawan tadi mencari kedai makan yang ada banyak sayuran tapi hampa sebab banyak yang dah habis lauk pauk pada waktu ini. Dalam 3 4 round cari kedai makan, last sekali terberhenti dekat restoran mama* dekat dengan kolej.

Kalau nak diikutkan, restoran ni memang ramai pengunjung kalau ada bola. So, tadi saje nak try test makan. Kemudahan sangat memuaskan. Ada WiFi sebab tadi ada pelanggan minta password. Kerusi meja yang sangat selesa dan kebersihan yang memuaskan. TAPI pabila masuk bab makanan, Tuhan sahaja tahu macam mana rasanya. TAK SEDAP! Memang jujur nak cakap, sekali makanan tu masuk tekak, rasa nak m*nt*h.

Tadi saya minta kuah madu. Warna dan rasa kuah madu tu rasa sangat loya. Saya cover dengan 2 gelas air sebab tak nak kasi loya. Memang makan macam ada saka, LAJU semacam. Nama restoran ni tak sepadan dengan rasa makanan. Baik makan dekat tepi jalan, walaupun kemudahan tak ada tapi pandai jaga kualiti dan rasa makanan.

p/s: nak bagi kenyang punya pasal, pegi beli biskut and terus habiskan tadi juga
Published with Blogger-droid v2.0.10

6 comments:

  1. macam tu la kan.. kdg2 semua yang kita harapkan tak jadi semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua yang kita nak, susah nak cari.

      Delete
  2. kadang2 warung tepi jalan tu lagi sedap dari restaurant...dan harga pun lebih berbaloi kot... hu hu hu...kalau kakak lah...memang dah x ley gi dah...sure x makan dah...tinggal dan bazir gitu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi pun dah nak tinggal tapi disebabkan lapar, telan juga. Tapi yang penting, tak pergi dah kedai tu.

      Delete
  3. kesian dia . . tp mmg betul kan . . makanan warung tepi jalan lebih sedap dari tempat mcm tue . . tp bila dah darurat , apa boleh buat dek . . bedal jela :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Bedal je. Asalkan perut beralas. Sedap tak sedap, tolak ke tepi. Hehehe :D

      Delete

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D