22 March 2013

Persiapan Sebelum Ke Universiti Part 2 : Progam Medik (Medicine)

ENTRI KHAS UNTUK LEPASAN SPM YANG INGIN MENGAMBIL PROGRAM MEDIK (MEDICINE)

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Sebelum saya meneruskan part 2 ni, sila baca part 1 >DI SINI< bagi yang belum baca.

Diingatkan sekali lagi, part 2, saya ingin mengkhususkan kepada PROGRAM MEDIK.
Mengapa saya khususkan PROGRAM MEDIK? Ini adalah kerana ianya sangat popular. Selain daripada itu, saya ingin berkongsi research saya mengenai hal ini. Dulu lepas result SPM keluar, saya tidak buat research, jadi saya rasa menyesal dan tidak mahu adik-adik yang lain rasa macam saya.

Adik-adik yang tengah pening and tak tahu nak isi borang, minta fikir masak-masak sebelum isi borang UPU dan jangan lupa ISI BORANG KEMASUKAN DI IPTS. IPTS ni jadikan sebagai backup planning. Macam saya, hanya isi satu IPTS sahaja sebab terlalu mengharapkan IPTA. Banyak lagi IPTS yang ada PROGRAM MEDIK seperti AUCMS, MAHSA, MSU, UNIKL, SEGI dan lain-lain lagi. Biasanya ada 2 program iaitu FOUNDATION IN MEDICAL STUDIES dan DIPLOMA IN MEDICAL SCIENCE sebelum masuk ke MEDICAL DEGREE (MD) or MEDICAL BACHELOR AND BACHELOR OF SURGERY (MBBS).

FOUNDATION IN MEDICAL STUDIES
Program ini lebih kurang asasi dan matrikulasi kerana jangka masa yang pendek. Namun, program ini sudah tertumpu kepada PROGRAM MEDIK iaitu MD / MBBS. Dengan erti kata lain, program ini ialah INTRO KEPADA PROGRAM MEDIK.

DIPLOMA IN MEDICAL SCIENCE
Program ini merupakan program yang mengambil masa yang agak lama tetapi mempunyai KEISTIMEWAAN yang tersendiri. Program ini lebih ADVANCE daripada FOUNDATION IN MEDICAL STUDIES. Sebagai contoh, di FMS, anda belajar subjek MICROBIOLOGY cuma satu sem, manakala DMS belajar untuk 2 sem. Dengan erti kata lain, anda bukan lagi belajar INTRO tetapi anda sudah memasuki PROGRAM MEDIK iaitu MD / MBBS secara tidak langsung. Mengikut beberapa pandangan daripada senior saya di MD, program ini sangat bagus kerana ketika anda memasuki MD / MBBS anda tidak akan mudah terkena SUBJECT SHOCK. Sedikit sebanyak, program ini memudahkan anda mengenali dunia MD / MBBS yang sebenar.

Namun yang demikian, ada SATU PERKARA PENTING!
Syarat-syarat untuk memasuki program  MD / MBBS ialah
Semua subjek sains dalam SPM iaitu Biologi, Fizik, Kimia dan Math (Add Math or Math) mestilah sekurang-kurangnya mendapat gred B.
Sumber ini saya dapat daripada Accademic Affair kolej saya yang diperoleh daripada pihak Kementerian.

Ya, result SPM masih lagi diperlukan. Bagi mereka yang masuk IPTS untuk FMS / DMS,  mereka mungkin tidak sedar akan hal ini. Kepada mereka yang TIDAK MEMENUHI SYARAT seperti di atas, jangan risau, anda masih lagi dapat ambil program MD / MBBS dengan syarat, ANDA PERLU REPEAT PAPER yang anda tak skor dan perlu MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA GRED B. Ya, mungkin perkara ini sangat sulit. Tetapi bak kata pepatah, nak sribu daya, tak nak seribu dalih.

Sampai di sini sahaja yang saya dapat berkongsi, kalau ada sebarang pertanyaan, boleh DM di Twitter ataupun Inbox saya di Facebook. 

3 comments:

  1. wah bagus info nyer tengku ...!!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum tengku iji :) , saya dapat info baru lepas baca entry tengku ni tau, thanks! :D saya berminat sangat dengan MBBS tapi result spm 2013 saya x memuaskan :'D , Bio B+, Fizik B, Kimia D, saya sangkut kat kimia, boleh ke kalau saya nak repeat paper kimia??? or saya memang dah x ada chance nak ambik MBBS?? T^T minta oppinion sikit boleh? apa-apa pun saya terima ;)
    emel:gilang_gemilang96@yahoo.com

    ReplyDelete

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D