16 March 2013

Persiapan Sebelum Ke Universiti

ENTRI KHAS UNTUK LEPASAN SPM/ BAKAL MAHASISWA/ MAHASISWI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti yang saya janjikan dalam entri sebelum ini, saya nak buat entri mengenai PERSIAPAN SEBELUM KE UNIVERSITI. Sejak saya berblog ni, banyak yang search pasal perkara ni dalam blog saya. Saya pernah buat entri mengenai ini TAPI semuanya MEREPEK dan saya dah DELETE. Maka entri kali ini, saya ingin memberi sedikit pandangan dan juga beberapa nasihat.


DIPLOMA atau ASASI atau MATRIKULASI
Perkara ini memang jadi topik hangat dan banyak pandangan. Bagi saya, ini semua mengenai KEBOLEHAN dan KEUPAYAAN kita.

Asasi dan Matrikulasi merupakan program singkat sebelum terus masuk ke Degree. Kebiasaannya Asasi akan ambil pelajar yang tip top. Matrikulasi pula biasanya ramai yang masuk sebab nak short cut ke Degree. Pendapat saya Matrikulasi mahupun Asasi memerlukan anda concentrate yang banyak sebab tempoh masa yang agak pendek. Jika anda memilih jalan ini, saya nak berpesan supaya anda janganlah pandang remeh semua ni dan jangan banyak main.

Next, Diploma. Banyak yang anggap ni jalan jauh sebab tempoh yang lama sebelum ke Degree tapi pelajar Diploma boleh bekerja menggunakan Sijil Diploma mereka tidak seperti Asasi dan Matrikulasi. Bagi saya Diploma ini sesuai untuk mereka yang ditaraf sederhana macam saya. Secara jujur, otak saya ni agak lambat nak faham dengan cepat dan tidak boleh pressure sangat. Pendapat saya mengenai Diploma, anda still boleh rehat/bersantai/main TAPI kena pandai arrange masa. Nak main tu boleh tapi belajar jangan lupa ya!


BERDIKARI
Perkara paling penting sebelum masuk ke ALAM UNIVERSITI. Berdikari yang saya ingin ketengahkan ialah PANDAI MENGURUS DIRI. Alam Universiti ni lain daripada zaman sekolah. Kalau pelajar hostel, dulu ada rakan-rakan yang boleh tolong. Kalau pelajar harian, parents anda sentiasa jaga anda. Di Universiti, anda kena jaga diri anda. Anda kena jaga duit perbelanjaan, pakaian anda dan juga penggunaan masa anda. Di Universiti, tak ada siapa kisah anda nak buat apa. Sebab itulah kita kena jaga diri kita. Yang penting, kita kena jaga SOLAT dan IMAN kita. Secara jujur, anda janganlah terkejut jika ada di antara pelajar universiti yang mengabaikan perkara ini. Ingat! Jaga SOLAT dan IMAN!


KAWAN/ HOUSEMATE/ ROOMATE
Topik yang sering disebut-sebut. Anda perlu PANDAI MEMILIH KAWAN. Pelbagai kerenah, perangai dan sifat manusia di Universiti. Kalau boleh anda pilihlah kawan yang ulat buku/ skema or yang agak alim supaya ada orang yang akan menasiahati kita. Ini bukanlah bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan yang perangai tak berapa tu. Kawan tu boleh tapi janganlah ambil perangai/sifat/kerenah buruk mereka.

Mengenai hostel/rumah, kita perlulah BEKERJASAMA. JAGA HATI kita dan orang sekeliling kita. Janganlah ketika semua pakat bersihkan hostel/rumah, kita pula sibuk nak belajar. Bekerjasama dengan housemate/roomate. BERINTERAKSI secara baik. Yang penting JAGA HATI kita dan orang sekeliling.

Saya ada macam-macam pengalaman. Ada yang tidak berhati perut langsung dan ada yang pengotor. Memandangkan saya pelajar IPTS, kami diberi rumah/quartes. Satu rumah/quartes tu kadang-kadang berlainan kursus/program. Maka jadual pun lain. Pernah sekali, saya nak tidur (tu pun dah dalam pukul 3pagi) lepas penat study sebab esok ada test, housemate(lain course) saya bising yang teramat dan mengganggu saya. Time tu memang saya tak dapat nak buat apa-apa. Saya dah tegur tapi tak diendah. Belum masuk part KEBERSIHAN, saya pernah dapat housemate yang tersangatlah PENGOTOR. Pinggan mangkuk sendiri tak berbasuh nak dekat seminggu. Ada juga yang stokin dia, hanya tuhan sahaja tahu bau dia. Semua ni dah jadi ex-housmate sebab saya dah pindah hostel lain. Alhamdulillah.

Oh, lupa pula. Anda janganlah malu untuk bersuara. Saya pernah request untuk dapat hostel yang tak ada perokok. tapi itu di kolej saya. Kalau kolej lain tak tahu. hehehehe


STUDY/ NOTA/ KULIAH/ LECTURER
Antara kebimbangan semua orang. Dulu saya beranggapan susah nak belajar di Universiti. Ternyata itu hanya terjadi jika anda tidak pandai menguruskan diri. Bagi saya, semuanya akan jadi mudah jika anda rajin. Dalam kuliah, janganlah sibuk nak berborak. Anda perlu concentrate dan catat perkara-perkara penting. RAJIN BERTANYA supaya anda senang faham. Jika kita rajin bertanya, lecturer senang ingat kita. Kalau susah nak faham juga, berjumpa dengan lecturer ataupun pergi ke library. Tak pun Google. Macam-macam ada dekat Google kan? hehehe. Yang penting sila penuhkan attendance anda. Tak perlulah nak ponteng. Perkara paling lecturer tak suka ialah ponteng. Apa yang dapat kalau ponteng? Bazir duit kita adalah kan?


KELENGKAPAN/ PERALATAN/ PAKAIAN
Laptop dan telefon bimbit. 2 benda paling penting bagi saya. Laptop amatlah diperlukan untuk menyiapkan assignment, buat research dan juga untuk presentation. Tapi bagi yang tak ada laptop, jangan risau, dekat library rasanya ada sediakan komputer. Guna pada masa terluang. Telefon  bimbit? Konfem semua ada. Handphone secarang pun dah canggih manggih. Boleh nak surf internet. So, tak ada alasan assignment tak siap. Eh, lupa pula. Handphone ni berguna untuk berkomunikasi antara classmate. Boleh tahu kelas yang batal. Boleh sambung tidur. hehehe

Benda-benda lain yang diperlukan sama macam nak masuk hostel. Yang penting seterika/iron. Takkan nak pakai baju berkedut kot. Bercakap pasal pakaian, bawalah baju-baju yang smart sikit. Barulah dapat naikan self-confident time nak buat presentation. Dan DILARANG PAKAI pakaian yang TIDAK SOPAN. Masuk dalam peraturan tau. Kad Matrik pun kena bawa tau.


PERBELANJAAN/ SARA HIDUP
Disebabkan saya pelajar IPTS, duit perbelanjaan semuanya daripada parents. Duit study semua guna PTPTN. Memang saya tak nafikan bahawa susah nak mengawal duit perbelanjaan. Jangan risau, sebulan pertama memang anda akan over guna duit sebab baru permualaan. Dulu saya nak dekat RM20 sehari sebab saya bantai makan macam dekat rumah. Lama-lama saya kurangkan kepada RM15 dan sekarang ni saya dapat maintainkan kepada RM10 sehari. Bajet harian saya cuma makan 2 kali sehari. So, RM5 sekali makan. Tak payah nak amik lauk pauk macam makan dekat rumah, ala kadar je cukup. Air pula tak payah nak fresh orange, air kosong dah. Asalkan perut dilapik, tekak dibasahkan. hehehe


Ok. Setakat ini sahaja yang dapat saya kongiskan. Mungkin ada PART 2. Dalam PART 2, saya cuma nak ketengahkan mengenai MEDIC. Course lain, saya minta maaf ya. Sampai di sini sahaja. Terima kasih.

UPDATE! entri PART 2 >HERE<

14 comments:

  1. nice entry.. takde rezeki nak sambung belajar lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx :D takpe, nanti ada rezeki, belajar elok-elok tau. Hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Saya rindu kawan2 zaman sekolah dulu :)

      Delete
  3. Interesting entry. Bnyk buat saya gelak ;D. Anyway thanks very much for this information. Boleh try tips ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, itu lawak spontan di dalam entri serius. thanx sudi baca :D

      Delete
  4. Nice entri :) Thank you very much untuk info-info ni..

    ReplyDelete
  5. Bila ada entry untuk part 2? sya nak ambil course medic kat ipts jadi mungkin boleh bagi tips untuk belajar medic nie.. btw, great entry.. :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih..doakan saya ya.. saya lepasan spm 2014

    ReplyDelete
  7. terima kasih..doakan saya ya.. saya lepasan spm 2014

    ReplyDelete

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D