24 March 2013

Review Novel : Nota Adania


Olla~

Akhirnya dapat juga luangkan masa baca novel ni. Novel ini keluaran PTS. Sebuah karya yang sangat menarik yang menpunyai jalan cerita lain daripada yang lain. Saya sangat kagum dengan penulis yang menggunakan teknik penulisan yang sangat unik.

Novel ini mengisahkan kehidupan Adania daripada seorang yang sangat mementingkan darjat kepada seorang yang merendahkan diri. Adania telah dibantu oleh beberapa orang dalam mendididknya untuk menjadi seorang yang merendahkan diri.

Banyak babak-babak yang susah untuk dijangka apa yang berlaku. Saya tertarik dengan beberapa pengajaran yang tersirat dan tersurat. Antaranya, kita perlu rendahkan ego kita dalam kehidupan supaya kita dapat menikmati kehidupan yang sempurna.

5 bintang!
Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D