06 April 2013

Review Movie : G.I. Joe Retaliation


Olla~
Dah lama tak update blog. Okay, kali ni nak review pasal movie yang pasti ramai dah tengok. Huhuhu, sedih je lambat tengok. Tapi takpalah, nak review juga untuk sesiapa yang tak tahu nak buat apa hujung minggu ni.

Bulan April ni banyak movie best yang keluar. Saya rasa nak tengok semua movie yang best-best tu. Berbalik semula kepada review G.I. Joe. Sebuah movie yang sangat best! 10 bintang! Amik kau, punya terlebih bintang sebab seronok sangat. Saya tengok yang 2D sebab tak suka pakai spectacle 3D tu. Setiap babak yang dipertontonkan sangat bombastik. Efect yang sangat best!

Ada satu pengajaran tersembunyi yang saya rasa sangat bermakna. Jangan mudah percaya kepada sesiapa dan jangan mudah memberi kepercayaan sepenuhnya. Kadang-kadang kita terlalu percaya sehingga terikut-ikut sampai lupa diri. Siasat dahulu setiap perkara dan butiran-butiran yang ada sebelum memberi kepercayaan sepenuhnya.

Itu sahaja review kali ni. Saya tak sabar nak tunggu Iron Man dengan Despicable Me 2!!! Suka The Minion yang comel-comel tu.

p/s : maka bulan ini secara rasmi menjadi bulan diet sebab nak simpan duit tengok movie :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D