10 May 2013

Bukan Dia Tapi Aku


Annyeonghasayo!
Aigoo, dah lama tak update. Sorry bebanyak ya Diari. Ada banyak draft entri tapi semua dalam otak. Malas nak keluarkan. Hahahaha. Entri kali ni emo pasal cinta. Dah ready? Sila scroll.

Cinta pertama. Dari mata turun ke hati. Dari hati turun ke lidah. Lidah seterusnya mengambil peluang untuk mengucapkan tanda cinta yang terbit dalam hati.Tapi apabila kita tidak menggapai cinta itu, peritnya untuk menerima tiada siapa tahu. Hanya 2 perkara menjadi tanda tanya. Adakah kita perlu kuatkan ikatan cinta itu atau kita perlu lepaskannya?

Jawapannya hanya kita sahaja perlu memilih. Tanya diri sendiri. Kalau kita terpaksa melepaskannya, kita perlu berfikiran positif. Tidak semestinya kita sukar mencari seperti dia yang dulu. Kita perlu berani untuk ucapkan salam kepada orang baru. Kita bina cinta baru dan belajar daripada kesilapan yang dulu. Kukuhkan cinta baru dan saling mendoakan untuk perkuatkan cinta. Semoga cinta yang dibina membawa kita ke syurga.

p/s: sebebarnya saya tengah gila dengan lagu Judika - Bukan Dia Tapi Aku. Lirik yang sangat mendalam. Selamat menghayati lagu itu!
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D