04 May 2013

Cemburu Cara Sihat

Olla~
Dah lama rasanya tak buat entri emo. So, kali ni nak beremo sikit. Tajuk seperti di atas. Macam pelik je kan? Memang pun. Biasanya kalau cemburu ni mesti ada pasal negatif thinking right? Sebenarnya ada cara untuk jadikan cemburu tu secara sihat. Tak faham? Takpe, saya bagi beberapa contoh.

Harta. Benda biasa orang cemburu. Contohnya, orang tu ada gadjet baru. Kita pula gadjet zaman tok nenek. Mesti rasa jeles. Kadang-kadang sampai rasa macam hidup kita ni susah nak dapat macam orang tu. Sebenarnya, bagus kita cemburu pasal harta. Kita akan terus berusaha untuk dapatkan harta macan orang tu. Nanti kita dah berusaha dan nampak hasil, kita mesti puas hati. Macam orang tu, dia senang dapat. Tapi kepuasan itu tak sama dengan kita sebab kita usaha.

Contoh lain, dia ada kekasih, kita still single mingle triple. Okay apa single. Hidup aman. Teruk bebeno statement aku ni. Hahaha. Kita yang single ni jealous tengok diorang bersweet sweet. Jangan risau, just see what the sweet sangat sampai kau jealous tu. Nanti sampai turn kita dah kawen, kau praktikkan apa yang korang dah learn. Hahahaha, aku rasa nak tergelak bagi statement pasal kekasih ni.

Next, pasal tempat. Tak kesemua tempat kita dapat pergi tapi apabila nampak orang lain pergi tempat tu lah ini lah, mula lah kita meroyan. Apa lah susah sangat, kau tunggu je dapat mimpi pergi tempat yang korang nak. Jimat duit, jimat masa. Hahahaha. Tak pun, tunggu je nanti dah kerja, kita dapat duit sendiri. Kita pergilah mana-mana yang kita nak. Usaha itu lebih bermakna dan kepuasan yang luar biasa.

Okay. Macam mana? Dapat tak info yang saya nak sampaikan? As conclusion, actually, apabila kita cemburu, we will learn how to get it and kita akan berusaha sampai dapat. Cemburu ni motivasi diri. Tapi janganlah cemburu sampai fikir bukan-bukan. Cuba fikir secara positif. Last but not least, orang sekarang kalau cemburu, akan keluar perkataan "UNTUNGLAH"
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D