18 May 2013

Review Movie | Long Weekend


Olla~
Dah lama tak menjerit dekat cinema. Hahaha. Tak ingat bila last tengok movie hantu. Revie kali ni mengenai movie Long Weekend. Memang long betul rasa movie ni. Lama and penuh debaran. First time tengok movie, full time cover muka sebab banyak scene yang buat orang terkejut.

Macam biasa, saya akan cari beberapa pengajaran yang dapat dijadikan teladan. Pertama, elakkan daripada dibuli dan membuli. BULI. Perkara yang paling saya benci. Kesian dekat Thoongsuk sebab dia jadi mangsa keadaan. Kawan-kawan buli dia sebab dia macam blur blur sikit. Disebabkan itu, dia menjadi mangsa dengan sikap kawab-kawan yang sangat @&%=+! Pengajaran kedua, as friends, kita kena ada sentiasa dengan kawan kita tidak kira waktu senang atau susah. Respect gila dekat Nam, walaupun Thoongsuk seorang yang kurang normal, Nam still anggap dia kawan yang sangat baik. Nam sanggup pakaikan azimat dia balik walaupun Nam akan membahayakan diri dia. That's we call true friendship.

Overall, movie ni saya bagi 4 bintang sebab berjaya buat tangan saya kebas dengan babak menakutkan. Hahaha. Selamat menonton!
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D