23 June 2013

Bayang-bayang

Sesuatu yang sukar dilihat tapi tersimpan seribu makna. Bayang-bayang. Kadangkala kita sendiri takut kepada bayang-bayang kita. Kita merasakan diri kita kerdil dan tidak berguna. Akan tetapi bayang-bayang kita seboleh-bolehnya ingin muncul menampakkan diri kita. Sumber cahaya menguatkan lagi bayang-bayang. Bayang-bayang tidak pernah meninggalkan kita tatkala ia muncul. Sekali ia muncul, sukar untuk dijauhi.

Kebanyakan daripada kita terlalu takut untuk menonjolkan diri. Kita menganggap diri kita tidak berguna. Contohilah bayang-bayang. Tonjolkan diri dan bakat yang ada. Gunakanlah apa sahaja yang terpendam dengan penuh semangat. Dengan itu, kita akan merasakan diri kita begitu berharga.
"I'm bad and that's good. I will never be good and that's not bad. There's no one i rather be than me. -Wreck It Ralph-"
Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. mndalam tue . . btw, lma akk x singgah blog adk nie kn . . miss iji :)

    ReplyDelete

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D