11 July 2013

Review Movie | Despicable Me 2

Olla~
Susah betul nak Review Movie kali ni. Hari tu dah penat-penat taip dalam handphone, tetibe dia hang and terus exit application. Memang berangin satu badan. Ok. Movie yang pasti ditunggu ramai. Saya tunggu dari tahun lepas lagi. Ni lah movie pertama yang saya tengok dengan penuh semangat sebab terus tengok time first day ditayangkan. Siap sanggup duduk seat paling depan. Memang sakit tengkuk, badan and bla bla bla. TAPI! Usaha yang tak sia-sia. Dari awal cerita sampai habis cerita, kerja saya gelak tak berhenti. The Minions tu ada je benda nak jadikan lawak. Dah lah comel!

Serba sedikit sinopsis mengenai Despicable Me 2. Gru telah diundang untuk membantu menyelesaikan satu masalah negara. Namun, Gru tolak disebabkan Gru sudah mahu menumpukan perhatian kepada family dia. Tetapi, lama-kelamaan, dia terima. Dalam menyelesaikan kes itu, dia telah jatuh cinta tanpa dia sedari. Dan dan dan??? Sila tengok di panggung wayang berhampiran.

Rating yang saya berikan 5 star! Patut ditonton! Sangat sesuai kalau parents nak bawa anak-anak menonton movie. Time saya tengok hari tu, budak-budak ramai. Diorang sangat happy sampai siap tepuk tangan. Nasihat saya, sila habiskan pop corn awal-awal sebab takut tercekik sebab lawak dari The Minion memang boleh membuatkan anda tercekik. hehehe

2 comments:

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D