18 August 2013

Pantai by Tengku Iji


Pantai
Suasana damai tenteram
Bagiku ini semua luaran sahaja
Amat berat sukar untuk melihat dalaman
Jauh di sudut hati tersimpan sesuatu

Detik demi detik
Satu persatu diulang tayang
Kenangan manis masih tersimpan
Senyum pada luaran
Perit pada dalaman

Cinta yang dulu tidak lagi kini
Semuanya musnah dibadai ombak
Di sini lah tempat bersemadi

Pantai
Ada kala suka ada kala duka
Hanya hati sahaja mengerti
Bukan dia bukan kamu
Cuma aku sahaja yang merasai

Ingin sekali kenagan itu dilenyapkan
Dihapuskan dibadai ombak kuat
Angin yang bertiup seolah berbisik
Menyuruh hati kuat dan tabah
Namun kenangan manis terlalu kuat
Butir kaca mulai terbentuk
Jatuh perlahan-lahan membasahi pipi

Kini tiada lagi erti cinta
Biarlah semuanya tersimpan
Bersemadi di pantai

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D