06 September 2016

Diari Hati : 6 September 2016

Assalamualaikum diari.

Erm, sebenarnya aku ingat nak tulis diari tiap-tiap hari tapi heeeeeee, jangan marah tau sebab biasalah cakap tak serupa bikin. Okay, topik aku nak cerita kat kau ialah pasal aku rindu aku yang dulu di kolej lama. Aku rindu aku yang kuat dan tak patah semangat. Aku rindu sahabat-sahabat aku yang selalu ada tak kira masa. Rindu Penang!

"Kau okay tak ni? Takyah cakap okay. Muka kau tu dengan diam je"
Awww, i miss this dialog. Walaupun kami ni gila-gila, tapi salah sorang akan perasan kalau ada yang monyok. Saling jaga hati masing-masing walaupun selalu sakitkan hati sesama sendiri. Hahahahahahaha. Aku rindu nak dapat sahabat macam tu. Kawan degree kau tanya aku? No, takde yang macam diorg. Jenis tak reti bahasa dan tak reti jaga hati. Tau nak main sembur je. Takde nak amik tahu perasaan orang.

Teringat scene dalam Me Before You, dia nak pergi tempat yang paling dia suka tapi dia nak dalam keadaan dia yang dulu. Scene tu buat aku sebak. Aku yang dulu dengan penuh semangat untuk buktikan pada semua yang aku boleh berjaya. Dan perkara yang aku suka bila aku dah berhempas pulas, keputusan memberangsangkan dan membuka mata mereka. Tapi waktu degree ni, setelah aku berhempas pulas dan dapat keputusan bagus, takde sapa perasan. Aku bukan nak riak or bangga dengan keputusan bagus tapi aku nak buktikan yang aku bukan bodoh macam diorang label. Pabila aku berhempas pulas ala kadar dan result pun ala kadar, itu yang diorang nampak. Macam mana aku nak ada semangat. Makin jatuh ada lah. Time result aku ditahap 'bodoh' bagi diorang, yang tu nak dikondem. Time result aku okay? Semua tak pandang. Bagus, Terima kasih.

Mujur aku ada sahabat yang selalu bagi semangat dekat aku. Kekadang aku mengadu dekat mereka sebab mereka pandai bagi aku semangat. They know everything about me. They know how to treat their friends well. Sahabat dunia akhirat. Rindu diorang!.

Okay, itu je lah. Nanti aku rajin, aku update lagi tau!

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D