01 April 2017

Layanan Tiri

Tak semua orang layan baik terhadap kita. Tak semua faham diri kita. Tak semua orang akan menerima kita seadanya. Apa yang aku buat, orang buat tak peduli. Kita buat baik tapi selalu ditikam belakang. Dah banyak kali orang buat macam itu. Paling aku tak dapat tahan, semua orang layan perasaan aku macam sampah.

Di hadapan aku, semua layan baik. Tapi dibelakang, label aku itu ini. Sedar tak yang kamu orang dah layan aku macam sampah. Aku ada perasaan sama macam kalian. Label aku ******. Suka label aku macam tu? 'Tak apa lah, iji bukan kisah pun?' Ada pernah tanya ke aku kisah ke tidak? Ini lah dinamakan layanan tiri. Layanan mengikut keadaan. Sakit perit hati aku tak siapa yang tahu.

Soal cinta dan hati. Ini paling banyak aku sakit hati. Aku ditaburkan 'cinta' yang dikatakan suci. Tapi pada hakikatnya dikotori. Seorang demi seorang mempermainkan perasaan aku. Apabila aku dah mula mencintai seseorang, maka gembiralah hati mereka sebab golongan macam aku ni boleh jatuh cintai. Selepas itu, mereka mempermainkan hati aku sampai aku tutup hati perasaan aku.

Wahai hati, cukup ya. Sudahlah menerima orang macam dulu. Cuba untuk mencintai diri kau. Kalau rasa tak ada orang yang menerima kau seadanya, ingatlah kau ada family. Terima kasih Mummy, Abah, abang dan adik-adik sebab layan iji macam biasa. Kekuatan iji cuma ada pada semua dalam family. Thanx a lot. Nomu chuwaeyo. Saranghae!

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D