01 April 2017

Terpijak Bayang Sendiri

Salam dear deary.
Betapa peritnya minggu ni sampai aku rasa sangat down. Aku cuba tahan tapi aku jadi semakin down. Sekarang ni aku dilabel 'bodoh, pemalas'. Semuanya disebabkan aku repeat exam. Baru sekali aku repeat tapi terus dilabel. Betapa hancur hati ni. Aku kutip satu-satu hati aku yang hancur, aku tahan dari menangis. Dalam menggeletar tangan mengutip, mata yang berkaca, aku ukirkan senyuman. Aku cuba nampak kuat di luar. Susahnya, peritnya, hanya Allah sahaja yang tahu.

Mula-mula aku macam nak marah. Nak saja bagi tahu, aku fail exam satu saja. Aku fail pun sebab aku kena migrain time jawab soalan. Bukan aku main-main. Tapi apakan daya, manusia ni akan pandang dari first impression. Tak mengapalah ji, kau tahu diri kau. Teruskan kutip hati yang hancur. Cantumkan balik kepingan hati itu Kuatkan hati itu balik dan jangan lupa ukirkan senyuman.

Aku dah 3 posting. Paeds, OnG dan IM. Paeds aku mulakan dengan happy. OnG aku mulakan dengan hilangnya cinta hati yang aku bina. Salah aku sebab terlalu melayan perasaan. Posting IM ni aku jadi serabut sebab aku banyak uruskan hal family. Kali ni aku anggap keputusan uruskan family aku betul. Bagi aku family itu pertama. Aku dah banyak kali abaikan perkara itu waktu dahulu. Maka, keputusan aku betul.

Orang tak nampak apa yang aku buat di belakang tabir. Apa-apa yang aku lalui, tak semua orang nampak. Manusia ni banyak memandang luaran daripada dalaman. Aku berjalan di hadapan untuk meninggalkan bayang-bayang aku supaya aku tidak sakit memijak diri. Kali ni aku terpaksa berjalan perlahan supaya bayang-bayang aku seiring berjalan dengan aku. Bayang-bayang yang penuh duri dan luka itu lah yang aku perlu pijak. Maka aku terpijak bayang sendiri. Senyuman diukir di luar, tangisan ditoreh di dalam.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D