01 May 2017

Ditipu Hati

Hi deary,
Again, aku rasa sakit hati. Takde tempat nk luahkan, maka kau lah tempat aku mengadu. Hmmm, soal hati. Aku sedar siapa aku, macam mana kehidupan aku. Tapi tak perlu lah sakitkan hati aku. Mungkin bagi diorang, seronok melihat insan macam aku diberikan harapan cinta. Seronok barangkali melihat aku melayan cinta yang dibuat-buat. Ingat hati aku ni apa? Plastik? Senang dicari?

Duhai hati, dulu dah pernah kan kena macam ni? Kenapa ulang kembali? Sebab background dia orang islamik? Fool you! Sudah lah. Dulu, kau terima orang yang cintakan kau tapi kesudahannya kau ditikam belakang. Kali ni kau terima kerana kau cintakan Agama. Tapi apakan daya, dipermainkan juga. Cukuplah. Jangan dibazirkan sekeping hati yang dicelur dalam drama kotor mereka. Simpanlah hati itu untuk seseorang yang benar mencintaikau.

Tidak perlu kau ubah diri kau. Tiada guna. Kau perlu perbaiki diri. Ada seseorang tunggu kau. Siapa dia? Jawapan pada Allah. Kau perlu tunggu sahaja. Insya-Allah, ada manusia yg baik hati. Amiinnn.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan emel/link/fb/twitter anda.
Terima kasih sudi komen :D